Thursday, October 22, 2009

“Artikel Sejarah”



Aku terkesima seketika menyentuh kulis mulus buku itu..bersih berkilat!
Berlaku pada tahun pertama pengajian aku di Universiti setelah penat mengeledah di Perpustakaan.
Pengarangnya bernama Noor Jamalia Arifin.

Mata aku memandang buku itu atas dua faktor; pertama, buku lain berhabuk serta kulitnya tidak pernah menarik untuk dibaca; kedua, tajuknya seperti catchy untuk diselidiki.(konon aku ahlisejarah)

Lagi pun, tahun berkenaan aku memerlukan sesuatu bacaan yang bersifat inspirasional (ingin meneruskan momentum selepas STPM). Lelaki lemah seperti aku perlukan satu tiang yang boleh menahan semangat ini dari roboh. Awek yang ada menahan tiang yang lain.
Berbalik kepada cerita buku.

Aku terus ambil di rak dan ke kaunter pinjaman, kerana masa mengejar aku untuk ke kuliah lain. Biasalah, pelajar tahun pertama tak berani lagi mahu ponteng kelas. Rambut masih lagi disikat tepi. Jiwa masih bersih dari serangan anasir kota. Itulah anak kecil yang baru ke Pulau Mutiara(Kota Cina).

Sesudah tamat kuliah.

Aku pulang ke desa(istilah untuk hostel). Hanya berjalan kaki sambil menghayun beg galas berwarna hitam pekat. sempat aku berkhayal sendiri aku membayangkan perempuan-perempuan cantik menanti di bilik (gatal btol..tapi memang naluri lelaki mengimpikan perempuan)

Masuk dalam bilik, aku baring-baring atas katil, kemudian ambil beg gelas warna hitam pekat tu.

Terus aku belek muka surat pertama buku yang dipinjam dari pustakaan tadi. Isi dalamnya banyak tulis pasal kapitalisme, komunisme, globalisme, feudalisme, merkantalisme, liberal demokrasi, blok ekonomi dunia, Perang Dingin, dan bla-bla-bla-bla-bla.

Dushhhhhhhhhhhh.

Aku baling buku itu ke atas meja. Buku gila!. Tak faham apa-apa pun. Tajuk aja indah, tapi isinya tak romantik sedikit pun..tiada jiwa dalam buku

Kemudian aku sambung semula novel melodrama, “Katerina”. Sampai menagis-nagis aku baca novel tu (menangis hanya untuk memperindahkan cerita saja).

Generasi mahasiswa macam aku tak suka lagi membaca benda yang ada “ism-ism” ni. Susah nak paham. Sebab tu lah aku ni bodoh!.




p/s : seperti diceritakan oleh simangsa..

Yahudi sibangsa lakhanat

Kita selalu saja disogokkan dengan kekejaman bangsa Yahudi kita yang dilahirkan Islam sedari kecil diajar bahawa Yahudi  itu bangsa Lakhanat, mereka menyerang Palestin,mereka mencabul bumi Palestin. Jika pemerintah kita menyerang Singapura, apakah kita yang bersalah? haruskan kita menjadi mangsa? atau kita sendiri diheret menjadi mangsa?

Cuba bezakan Yahudi dengan Zionis..jangan cuba kita lupa perbezaan Kerajaan dengan rakyat,Umno dengan Melayu,BN dengan Malaysia atau Pas dengan Islam. Hanya kerana kita hidup dibumi tercinta kita sering salah memahami dalam soal ini. Atau lebih tepat lagi kita sudah dibentuk melihat dua berbeza adalah menjadi sama

Perlukah kita menjadi Facist Nazi? sehebat Hitler memenggal Yahudi? Relakah kita disamakan pemusnah bangsa
nak cuba pahamkan perasaan bangsa Yahudi menjadi bangsa terlakhanat dimuka bumi. Racist kah aku berkata begitu?

p/s : bukan proyahudi jahanamlah zionis..takut menjadi racist dibumi ilahi


jiwa songsang seorang hamba..

Maafkan aku
kalau aku sering saja
berlaku songsang

Terutama
di musim tahun
seperti hari ini

Apabila semua orang
telah sedia duduk
aku bangun berdiri

Apabila orang
berjalan
aku duduk

Apabila orang
ghairah
aku tidur

Apabila orang
mentelaah
aku diam saja

Orang lain
telah merdeka
aku belum

masih mencari
merdeka diri

Maafkan aku
kalau aku sering saja
berlaku songsang

Aku hanya
ingin
di ingatkan

Wednesday, October 21, 2009

nota kaki untuk si gerombolan

kempen islamisasi yang dilakukan oleh ketua pemerintah yang lepas nampaknya mula memberikan kesan. contohnya; banyak bayi mula dihantar kemasjid-masjid untuk dipelihara bagi menjamin kesenambungan islamnya. sangkut dipagar,tinggal di tandas, letak kat tangga adalah tanda betapa segera dan pantasnya mereka mahu bayi tersebut diberi ajaran islam yang sebenarnya (mengikut kacamata pemerintah)-rujuk berita akhbar-

kita tunggu keputusan ujian DNA bagi mengetahui keturunan mereka bagi membuktikan keberkesanan kempen satumalaya ketua pemerintah yang ini.

ANTARA KHIANAT DAN JAHANAM

Apa yang kita sanggup buat untuk bangsa? angkat senjata membabi buta? bekerja kuat memenuhkan tembolok? aku masih berfikir untuk bangsa..tapi aku masih terlantar atas kamar tanpa berbuat apa-apa..aku tepikir antara khianat dan jahanam..khianat kah kita bila terpesong kiri..jahanam kah bila dia termangu sendiri..kuasa dan wang haiwan sosial sanggup lakukan apa saja dapatkan kuasa atau kembali berkuasa..persis anjing liar berusaha mendapatkan sampah bersungguh-sungguh mendapatkan makanan..memualkan sungguh hina si politik tua menunggu ajal mengunyah bangsa

klise bunyi katanya..

Mari mendaki si Gunung Tahan
gunung yang hendak ditakluki
juga semangat diri sendiri
sama sukarnya menakluki Everest

tiada emas di puncak sana
pulangnya tanpa janji duit seguni
cuma emas lain dimiliki
lulus ujian mencabar kepayahan
p/s : senyap dan tutup